Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Homesecawankopi.comLatest imagesRegisterLog in
Assalamualaikum.. Selamat Datang Kepada semua ke secawankopi.com... enjoy here.. TQ
Maaf chatbox terpaksa ditutup.. Borak kat ^^^BoRak KEdaI KoPI^^^ye....
Disclaimer: The Administrators of this forum, or the Moderators participating, WILL NOT neither accept responsibility for nor give any warranty or other assurance as to the content of the material appearing on this website, its accuracy, completeness, timelessness or fitness for any particular purpose.
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 14 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 14 Guests

None

Most users ever online was 56 on Tue Mar 19, 2024 6:49 pm
Top posters
AlchemisT® (2172)
Dilema Orang Kidal I11Dilema Orang Kidal P11Dilema Orang Kidal I11 
>>AmIeda<< (1863)
Dilema Orang Kidal I11Dilema Orang Kidal P11Dilema Orang Kidal I11 
mesyamsul (1611)
Dilema Orang Kidal I11Dilema Orang Kidal P11Dilema Orang Kidal I11 
♥Tatty Teddy♥ (1275)
Dilema Orang Kidal I11Dilema Orang Kidal P11Dilema Orang Kidal I11 
mambang_miang (1138)
Dilema Orang Kidal I11Dilema Orang Kidal P11Dilema Orang Kidal I11 
edija (1135)
Dilema Orang Kidal I11Dilema Orang Kidal P11Dilema Orang Kidal I11 
©gastacopz™ (1079)
Dilema Orang Kidal I11Dilema Orang Kidal P11Dilema Orang Kidal I11 
mattop (1033)
Dilema Orang Kidal I11Dilema Orang Kidal P11Dilema Orang Kidal I11 
Adika (984)
Dilema Orang Kidal I11Dilema Orang Kidal P11Dilema Orang Kidal I11 
AjaX (969)
Dilema Orang Kidal I11Dilema Orang Kidal P11Dilema Orang Kidal I11 

 

 Dilema Orang Kidal

Go down 
+6
AjaX
mambang_miang
AlchemisT®
mesyamsul
marlen
helang merah
10 posters
AuthorMessage
helang merah
cafe latte
cafe latte
helang merah


Posts : 403
Join date : 05/06/2009
Age : 43
Location : kat rumah mak..

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyThu Jul 02, 2009 11:22 am

Tinggal di dalam dunia orang kanan memang banyak cabaran kepada individu kidal. Ketika di sekolah, kerap tangannya diketuk guru kerana menulis menggunakan tangan kiri.

Seorang rakan sekelas yang juga kidal turut menerima nasib sama. Tidak mahu terus didenda, mereka belajar menulis dengan tangan kanan walaupun prosesnya payah.

Ini antara pengalaman dilalui Pengasas Persatuan Kidal Malaysia, Chong Siew Chin ketika kecil. Malah, dia juga kerap dimarah kerana dianggap individu yang kelam kabut, kerap menimbulkan masalah dan tidak cermat atau terlalu perlahan apabila melakukan sesuatu kerja.

Boleh dikatakan semua individu kidal mengalami masalah ini. Inilah perkara yang perlu ditempuhi kerana mereka hidup dalam dunia yang didominasi orang menggunakan tangan kanan.

Malah sejak zaman dulu lagi individu kidal sering diketepikan, dipandang hina dan banyak kepercayaan yang menafikan hak mereka.

Kepercayaan Cina kuno mentafsirkan kiri sebagai tidak baik, tidak sopan atau tidak boleh diterima langsung. Di kalangan penduduk Norway, hasil kerja individu kidal dikelaskan sebagai ‘kerja yang tidak sempurna’ dan perkataan ‘keivhendt’ atau kiri membawa maksud salah tangan.

Pada kebanyakan bahasa di Eropah, perkataan ‘kanan’ bukan saja bermakna ‘betul’ tetapi ia juga menandakan kecantikan, keadilan dan kekuasaan.

Malah mengikut sejarah, individu kanan dianggap mahir manakala individu kidal pula dilabel sebagai kelam kabut. Perkataan Latin ‘sinestra’ yang asalnya bermakna kiri juga membawa maksud ‘jahat dan tidak bernasib baik’.

Dalam dunia yang moden ini pun masih ada yang beranggapan menjadi individu kidal itu kurang elok tanpa sebab munasabah.

Secara purata 85 peratus penduduk dunia adalah individu kanan dan hanya 15 peratus kidal. Kajian mendapati lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.

Menulis menggunakan tangan kiri bukan petunjuk utama yang menentukan seseorang itu kidal kerana individu kidal juga boleh menulis dengan tangan kanan. Individu kidal adalah orang yang lebih banyak menggunakan tangan kiri dalam kerja seharian. Malah, tangan kiri mereka lebih cekap dan kuat berbanding tangan kanan.

Apa menyebabkan seseorang itu lebih cenderung menggunakan tangan kanan atau kiri? Kecenderungan penggunaan tangan ditentukan oleh otak. Ada banyak teori mengenai perkara ini, tetapi secara umumnya ia ditentukan oleh otak seseorang.

Otak kita mengawal bahagian badan yang bertentangan; iaitu pergerakan bahagian badan belah kiri dikawal otak kanan dan sebaliknya. Kajian membuktikan, pada individu kidal, pergerakan tangan mereka lebih banyak dikawal otak kanan.

Kidal bukan disebabkan keturunan walaupun ada kajian mengatakan ia ada kaitan dengan genetik. Biasanya dalam sesebuah keluarga hanya ada seorang yang kidal. Bagaimanapun, kata Chong, ibu bapa kidal mempunyai kecenderungan lebih tinggi mempunyai anak kidal.

Ia mungkin tiada kaitan dengan genetik, tetapi pengaruh ibu bapa yang lebih banyak menggunakan tangan kiri dalam kehidupan seharian. Pun begitu, ia bergantung juga kepada kecenderungan setiap anak untuk menjadi individu kanan atau kidal.

“Mengapa individu kidal sering dilabel sebagai kelam kabut? Mungkin ramai tidak sedar, mereka sebenarnya menghadapi masalah menggunakan peralatan yang sememangnya direka untuk kegunaan tangan kanan.

“Contohnya gunting. Jika individu kidal menggunting kertas, kertas berkenaan keronyok dan guntingannya mungkin tidak sebaik menggunakan tangan kanan. Ini kerana mata pisau gunting itu diletakkan untuk kegunaan tangan kanan. Jika dipegang dengan tangan kiri, mata pisau akan terbalik dan kita tidak dapat melihat garisan yang hendak dipotong.

“Individu kidal juga biasanya ada masalah apabila menulis. Bukan saja kertas, malah tangan juga menjadi comot kerana apabila menulis, tangan individu kidal terkena pada tulisan. Masalah lebih teruk jika seseorang itu kuat berpeluh.

“Malah, pandangan terhadap apa yang ditulis juga terhalang oleh tangan. Masalah ini tidak dihadapi individu kanan kerana kita menulis dari kiri ke kanan dan tangan tidak terkena pada tulisan,” katanya.

Antara masalah lain yang dihadapi ialah apabila:

# Menggunakan pengasah pensil (kerana kedudukan mata pisau)

# Membuka pintu khususnya jika tombol pintu berbentuk tangkai

# Menggunakan alat pembuka tin dan botol

# Menggunakan pembaris

# Garpu yang ada mata pisau (garpu kecil biasanya digunakan untuk sajian manisan)

# Pisau kek (jenis lama yang ada pemotong pada belah kiri)

# Bagi individu berbangsa Cina, kayu penyepit (jika makan menggunakan tangan kiri) berlaga dengan kayu penyepit orang yang duduk di sebelah kiri.

“Memang ada banyak masalah lain, tetapi kami belajar untuk lebih banyak menggunakan tangan kanan dan peralatan yang kebanyakannya direka bagi kegunaan individu kanan. Ketika proses pembelajaran dan penyesuaian inilah individu kidal biasanya dianggap kelam kabut.

“Kajian menunjukkan sesetengah individu kidal ada masalah disleksia (menulis huruf terbalik). Boleh dikatakan semua individu kidal boleh menulis secara terbalik — bukan saja huruf pada arah yang salah, tetapi perkataan ditulis dari belakang. Ia dipanggil tulisan cermin kerana jika dilihat dari dalam cermin, perkataan ditulis kelihatan normal,” katanya.

Walaupun menghadapi beberapa masalah, individu kidal sebenarnya ada kelebihan apabila mereka terpaksa menggunakan tangan dalam banyak pekerjaan seharian. Malah, secara umumnya individu kidal ada kemahiran dan kecenderungan lebih tinggi dalam seni dan bahasa.

Namun ini bukan bermakna mereka lebih baik daripada individu kanan.

Ada ibu bapa yang keliru dan tidak tahu untuk mengajar anak kidal. Ada beberapa panduan boleh diikuti seperti:

# Jika mahu mengubah kecenderungan penggunaan tangan si kecil, lakukannya dari awal iaitu ketika mereka masih kecil (dua atau tiga tahun). Jangan paksa anak kidal menjadi ‘normal’ kerana ia hanya mendatangkan banyak masalah dan kekeliruan. Sebaliknya, cari kelebihan anak dan beri galakan kepadanya.

# Walaupun kecenderungan penggunaan tangan ini boleh dilihat ketika kanak-kanak berumur tiga tahun, ia lebih ketara apabila meningkat umur lima tahun. Jika anda mengesyaki anak kidal tetapi masih tidak pasti, anda boleh lakukan ujian mudah untuk mengetahuinya. Letak satu objek di atas lantai dan minta anak mengambil dan membalingnya semula. Letakkan sudu di sebelah pinggan makannya dan lihat tangan mana yang digunakan untuk memegang sudu berkenaan dan makan.

# Untuk menulis, kertas atau buku perlu disengetkan ke kanan dan pastikan pensil (atau pen) dipegang dengan betul pada jarak sesuai (tangan tidak terlalu rapat dengan mata pensil).

Tidak perlu risau jika anak anda kidal kerana ia tidak menjejaskan pembelajarannya. Malah, menurut Chong, kini ada banyak peralatan direka khusus untuk kemudahan individu kidal seperti gunting, pengasah pensil, pembaris, pemegang pensil, pembuka tin dan buku. Semua barangan ini boleh diperoleh dari Persatuan Kidal Malaysia. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web www.geocities. com/leftiesmalay sia atau emel ke leftiesmalaysia@ yahoo.com.

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


Last edited by helang merah on Thu Jul 02, 2009 11:57 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
helang merah
cafe latte
cafe latte
helang merah


Posts : 403
Join date : 05/06/2009
Age : 43
Location : kat rumah mak..

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyThu Jul 02, 2009 11:23 am

wwaaaa.....aku pun kidal gak.....
nk join Persatuan Kidal Malaysia (PKM)
Back to top Go down
marlen
Cappucino
Cappucino



Posts : 150
Join date : 18/05/2009

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyThu Jul 02, 2009 11:46 am

delima ke dilema?delima kan buah kan?
Back to top Go down
mesyamsul
Americano
Americano
mesyamsul


Posts : 1611
Join date : 11/05/2009
Age : 42
Location : Hujan duit di negeri orang..

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyThu Jul 02, 2009 12:49 pm

masalah nak drive gak tu kan...
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/mesyamsul
AlchemisT®
Macchiato
Macchiato
AlchemisT®


Posts : 2172
Join date : 23/04/2009
Age : 41
Location : Gloria Jeans Coffe

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyThu Jul 02, 2009 1:02 pm

ada persatuan tu...hebat,...
Back to top Go down
mambang_miang
Americano
Americano
mambang_miang


Posts : 1138
Join date : 15/06/2009
Age : 41
Location : shah alam

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyThu Jul 09, 2009 3:58 am

aku pun nak jadi macam man kidal hehehehe cheers
Back to top Go down
AjaX
Activities Moderator
Activities Moderator
AjaX


Posts : 969
Join date : 15/04/2009
Age : 42
Location : Kat Situ la

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyThu Jul 23, 2009 6:03 pm

Xsangka rupanya agak sukar jadi org kidal yer....
Back to top Go down
mambang_miang
Americano
Americano
mambang_miang


Posts : 1138
Join date : 15/06/2009
Age : 41
Location : shah alam

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyThu Jul 23, 2009 6:11 pm

senang je sebut jeee kidaaaaallllllllll hehehehehe
Back to top Go down
AjaX
Activities Moderator
Activities Moderator
AjaX


Posts : 969
Join date : 15/04/2009
Age : 42
Location : Kat Situ la

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyFri Jul 24, 2009 2:05 am

hehehe... tp kebanyakan org kidal ni kreatif...
Back to top Go down
mambang_miang
Americano
Americano
mambang_miang


Posts : 1138
Join date : 15/06/2009
Age : 41
Location : shah alam

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptySat Jul 25, 2009 3:52 am

AjaX wrote:
hehehe... tp kebanyakan org kidal ni kreatif...
so kaki aku kidal patut laaa aku rembat power hahahaha Dilema Orang Kidal 11104
Back to top Go down
seronok
Biji Kopi
Biji Kopi
seronok


Posts : 6
Join date : 26/07/2009
Age : 38
Location : HoKaiDo--->Gombak

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptySun Jul 26, 2009 10:36 pm

Ohh..aku pun kidal gak
pengalaman aku pun sm
aku cenderung pada anggota kiri saja
spt tgn dan kaki
dulu2 pun kn mrh gak ngan cikgu..sbb tls pkai tgn kiri
bwk kete manual pun leceh gak
tgn kanan keras ckit
nak pgg stering time tkr gear..
aper2 pun..aku hepi..sbb aku lain drpa yg lain..hehe
Back to top Go down
mambang_miang
Americano
Americano
mambang_miang


Posts : 1138
Join date : 15/06/2009
Age : 41
Location : shah alam

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyTue Jul 28, 2009 12:34 pm

seronok wrote:
Ohh..aku pun kidal gak
pengalaman aku pun sm
aku cenderung pada anggota kiri saja
spt tgn dan kaki
dulu2 pun kn mrh gak ngan cikgu..sbb tls pkai tgn kiri
bwk kete manual pun leceh gak
tgn kanan keras ckit
nak pgg stering time tkr gear..
aper2 pun..aku hepi..sbb aku lain drpa yg lain..hehe
lain kali bawak kete yang pandu belah kiri kan senang hehehehe
Back to top Go down
awekmambang
cafe latte
cafe latte
awekmambang


Posts : 729
Join date : 14/06/2009
Age : 38
Location : cnun...

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyFri Aug 07, 2009 4:32 pm

mambang_miang wrote:
AjaX wrote:
hehehe... tp kebanyakan org kidal ni kreatif...
so kaki aku kidal patut laaa aku rembat power hahahaha Dilema Orang Kidal 11104


takabur btoi manusia nih....
Back to top Go down
wongrasta
Biji Kopi
Biji Kopi



Posts : 23
Join date : 31/07/2009
Age : 40

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyFri Aug 07, 2009 5:16 pm

haaaaa...
aku bgga aku kidal...aku xde plak pengalaman kene marah ke hape dolu2...acctly org kidal ni bersih tau.. contoh nyea..bila dorang potong buah or kopek buah...cam buah mangga la kan..buah tu dorang akan pegang tgn kanan ..n pisau tgn kiri..kalu org biasa...buah tu dorg pgg tgn kiri kan...huuuuuuuuuuuuuuuuuuu...n aku ni..bukan saja leh tulis tebalik ngan cpt..dlu laaa...ckp terbalik pon laju.... :) 'kacap telabik'...jaluuuuu (laju) hehehehe...ermm xtau plak aku ade persatuan org kidal kat mesia nie..bleh join nieeee....aku penah blatih tulis tgn kanan nie..buruk giler...tp boleh la nk tuls time tdesak tu kan.... :)
Back to top Go down
awekmambang
cafe latte
cafe latte
awekmambang


Posts : 729
Join date : 14/06/2009
Age : 38
Location : cnun...

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyFri Aug 07, 2009 5:19 pm

wongrasta wrote:
haaaaa...
aku bgga aku kidal...aku xde plak pengalaman kene marah ke hape dolu2...acctly org kidal ni bersih tau.. contoh nyea..bila dorang potong buah or kopek buah...cam buah mangga la kan..buah tu dorang akan pegang tgn kanan ..n pisau tgn kiri..kalu org biasa...buah tu dorg pgg tgn kiri kan...huuuuuuuuuuuuuuuuuuu...n aku ni..bukan saja leh tulis tebalik ngan cpt..dlu laaa...ckp terbalik pon laju.... :) 'kacap telabik'...jaluuuuu (laju) hehehehe...ermm xtau plak aku ade persatuan org kidal kat mesia nie..bleh join nieeee....aku penah blatih tulis tgn kanan nie..buruk giler...tp boleh la nk tuls time tdesak tu kan.... :)


cpat2 join kelab tuh ek...
Back to top Go down
wongrasta
Biji Kopi
Biji Kopi



Posts : 23
Join date : 31/07/2009
Age : 40

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyFri Aug 07, 2009 5:32 pm

haaaaa...
aku bgga aku kidal...aku xde plak pengalaman kene marah ke hape dolu2...acctly org kidal ni bersih tau.. contoh nyea..bila dorang potong buah or kopek buah...cam buah mangga la kan..buah tu dorang akan pegang tgn kanan ..n pisau tgn kiri..kalu org biasa...buah tu dorg pgg tgn kiri kan...huuuuuuuuuuuuuuuuuuu...n aku ni..bukan saja leh tulis tebalik ngan cpt..dlu laaa...ckp terbalik pon laju.... :) 'kacap telabik'...jaluuuuu (laju) hehehehe...ermm xtau plak aku ade persatuan org kidal kat mesia nie..bleh join nieeee....aku penah blatih tulis tgn kanan nie..buruk giler...tp boleh la nk tuls time tdesak tu kan.... :)
Back to top Go down
mambang_miang
Americano
Americano
mambang_miang


Posts : 1138
Join date : 15/06/2009
Age : 41
Location : shah alam

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyMon Aug 10, 2009 3:37 am

wongrasta wrote:
haaaaa...
aku bgga aku kidal...aku xde plak pengalaman kene marah ke hape dolu2...acctly org kidal ni bersih tau.. contoh nyea..bila dorang potong buah or kopek buah...cam buah mangga la kan..buah tu dorang akan pegang tgn kanan ..n pisau tgn kiri..kalu org biasa...buah tu dorg pgg tgn kiri kan...huuuuuuuuuuuuuuuuuuu...n aku ni..bukan saja leh tulis tebalik ngan cpt..dlu laaa...ckp terbalik pon laju.... :) 'kacap telabik'...jaluuuuu (laju) hehehehe...ermm xtau plak aku ade persatuan org kidal kat mesia nie..bleh join nieeee....aku penah blatih tulis tgn kanan nie..buruk giler...tp boleh la nk tuls time tdesak tu kan.... :)
wah macam best je kacap terlabik.....boleh belajar camni..kanlehbo hahahahaha
Back to top Go down
wongrasta
Biji Kopi
Biji Kopi



Posts : 23
Join date : 31/07/2009
Age : 40

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyMon Aug 10, 2009 9:51 am

wohoohhoh lobeh aja omm...
pasa nk luma ludu??? pasa reter? kakakakakakakakakkakkkkahaha...
Back to top Go down
mesyamsul
Americano
Americano
mesyamsul


Posts : 1611
Join date : 11/05/2009
Age : 42
Location : Hujan duit di negeri orang..

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyMon Aug 10, 2009 1:34 pm

jangan jantina pun terlabik udah ler..
huhu..
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/mesyamsul
Adika
cafe latte
cafe latte
Adika


Posts : 984
Join date : 15/04/2009
Age : 50
Location : Taman Rashidah Utama

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyMon Aug 10, 2009 4:42 pm

Jgn kadal udah lew...
Back to top Go down
wongrasta
Biji Kopi
Biji Kopi



Posts : 23
Join date : 31/07/2009
Age : 40

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyWed Aug 12, 2009 3:21 pm

cane nk join..???? ade addrs x?
Back to top Go down
Adika
cafe latte
cafe latte
Adika


Posts : 984
Join date : 15/04/2009
Age : 50
Location : Taman Rashidah Utama

Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal EmptyWed Aug 12, 2009 6:27 pm

wongrasta wrote:
cane nk join..???? ade addrs x?
Nk join kelab kidal ke?
Back to top Go down
Sponsored content





Dilema Orang Kidal Empty
PostSubject: Re: Dilema Orang Kidal   Dilema Orang Kidal Empty

Back to top Go down
 
Dilema Orang Kidal
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat
» Orang Kata...
» Teknik Orang Jepun Mendidik Anak
» salam perkenalan..jom jalan2 kacau orang
» Petua orang melayu pilih pasangan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Sembang Santai :: Kedai Kopi-
Jump to: