Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Homesecawankopi.comLatest imagesRegisterLog in
Assalamualaikum.. Selamat Datang Kepada semua ke secawankopi.com... enjoy here.. TQ
Maaf chatbox terpaksa ditutup.. Borak kat ^^^BoRak KEdaI KoPI^^^ye....
Disclaimer: The Administrators of this forum, or the Moderators participating, WILL NOT neither accept responsibility for nor give any warranty or other assurance as to the content of the material appearing on this website, its accuracy, completeness, timelessness or fitness for any particular purpose.
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 56 on Tue Mar 19, 2024 6:49 pm
Top posters
AlchemisT® (2172)
Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak P11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11 
>>AmIeda<< (1863)
Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak P11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11 
mesyamsul (1611)
Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak P11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11 
♥Tatty Teddy♥ (1275)
Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak P11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11 
mambang_miang (1138)
Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak P11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11 
edija (1135)
Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak P11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11 
©gastacopz™ (1079)
Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak P11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11 
mattop (1033)
Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak P11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11 
Adika (984)
Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak P11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11 
AjaX (969)
Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak P11Teknik Orang Jepun Mendidik Anak I11 

 

 Teknik Orang Jepun Mendidik Anak

Go down 
5 posters
AuthorMessage
helang merah
cafe latte
cafe latte
helang merah


Posts : 403
Join date : 05/06/2009
Age : 43
Location : kat rumah mak..

Teknik Orang Jepun Mendidik Anak Empty
PostSubject: Teknik Orang Jepun Mendidik Anak   Teknik Orang Jepun Mendidik Anak EmptyTue Jun 16, 2009 2:41 pm

SHICIDA METHODS – JADIKAN ANAK PANDAI

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak .Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .


3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.


4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.


5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .


6) Main teka-teki dengan mereka.Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.


Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya –
" Tolong senyap Along " berbanding " Along Jangan bising " .
Back to top Go down
mattop
Americano
Americano
mattop


Posts : 1033
Join date : 20/04/2009

Teknik Orang Jepun Mendidik Anak Empty
PostSubject: Re: Teknik Orang Jepun Mendidik Anak   Teknik Orang Jepun Mendidik Anak EmptyTue Jun 16, 2009 4:09 pm

memang ku praktikkan yg nie....

Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya –
" Tolong senyap Along " berbanding " Along Jangan bising " .
Back to top Go down
AlchemisT®
Macchiato
Macchiato
AlchemisT®


Posts : 2172
Join date : 23/04/2009
Age : 41
Location : Gloria Jeans Coffe

Teknik Orang Jepun Mendidik Anak Empty
PostSubject: Re: Teknik Orang Jepun Mendidik Anak   Teknik Orang Jepun Mendidik Anak EmptyTue Jun 16, 2009 5:13 pm

good info....
Back to top Go down
MaMaIzz
Biji Kopi
Biji Kopi
MaMaIzz


Posts : 35
Join date : 22/04/2009
Age : 40
Location : Depan Cot Baby Izz

Teknik Orang Jepun Mendidik Anak Empty
PostSubject: Re: Teknik Orang Jepun Mendidik Anak   Teknik Orang Jepun Mendidik Anak EmptyMon Jul 13, 2009 10:09 pm

masz skank da beli flash cards utk baby masz... dia sgt excited tgk pic2 dlm tuh... heheh...
Back to top Go down
mambang_miang
Americano
Americano
mambang_miang


Posts : 1138
Join date : 15/06/2009
Age : 41
Location : shah alam

Teknik Orang Jepun Mendidik Anak Empty
PostSubject: Re: Teknik Orang Jepun Mendidik Anak   Teknik Orang Jepun Mendidik Anak EmptyFri Jul 17, 2009 3:50 am

panjang nyeeeeeee nak baca
Back to top Go down
Sponsored content





Teknik Orang Jepun Mendidik Anak Empty
PostSubject: Re: Teknik Orang Jepun Mendidik Anak   Teknik Orang Jepun Mendidik Anak Empty

Back to top Go down
 
Teknik Orang Jepun Mendidik Anak
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 40 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak:
» Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat
» PartTime (RM3700) Diperlukan Cikgu Bahasa Arab/ Jepun/ Mandarin/ English
» @@TekniK BeRTeNgKaR SeCaRa PoSiTiF@@
» Orang Kata...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Kekeluargaan :: Pa & Ma-
Jump to: