Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Homesecawankopi.comLatest imagesRegisterLog in
Assalamualaikum.. Selamat Datang Kepada semua ke secawankopi.com... enjoy here.. TQ
Maaf chatbox terpaksa ditutup.. Borak kat ^^^BoRak KEdaI KoPI^^^ye....
Disclaimer: The Administrators of this forum, or the Moderators participating, WILL NOT neither accept responsibility for nor give any warranty or other assurance as to the content of the material appearing on this website, its accuracy, completeness, timelessness or fitness for any particular purpose.
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 30 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 30 Guests

None

Most users ever online was 212 on Wed Nov 06, 2024 5:33 am
Top posters
AlchemisT® (2172)
Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa P11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11 
>>AmIeda<< (1863)
Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa P11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11 
mesyamsul (1611)
Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa P11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11 
♥Tatty Teddy♥ (1275)
Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa P11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11 
mambang_miang (1138)
Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa P11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11 
edija (1135)
Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa P11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11 
©gastacopz™ (1079)
Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa P11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11 
mattop (1033)
Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa P11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11 
Adika (984)
Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa P11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11 
AjaX (969)
Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa P11Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa I11 

 

 Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa

Go down 
2 posters
AuthorMessage
helang merah
cafe latte
cafe latte
helang merah


Posts : 403
Join date : 05/06/2009
Age : 43
Location : kat rumah mak..

Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa Empty
PostSubject: Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa   Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa EmptyMon Jun 22, 2009 3:56 pm

SILATURAHIM adalah satu sunnah yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini.

Buktinya ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula daripada diri individu seterusnya melanda kepada institusi kekeluargaan.

Ada banyak kes pada hari ini menunjukkan silaturahim bsukanlah suatu ikatan yang diutamakan dalam diri setiap individu.

Antaranya, kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri yang sedang menyusukan anak, isteri membunuh suami yang curang dan juga cucu membunuh nenek atau datuk.

Malah, yang paling menyayat hati seorang ibu sanggup menggugurkan anak yang dikandung dan jika lahir pun, bayi itu sanggup dibuang merata-rata laksana sampah yang tiada nilainya.

Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang berkualiti.

Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.

Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 1, bermaksud:
“Dan takutlah kepada Allah yang minta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu.”

Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. Ibu bapa juga adalah orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah.

Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang maha besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa mereka sejak kita dalam kandungan sehingga dewasa.

Malah, sehingga kita mati pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu bapa tak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa.

Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.

Pernah diceritakan pada zaman nabi mengenai jasa seorang ibu membesarkan anaknya.

Kisah ini berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah.

Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia amat keletihan.

Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: “Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?”

Ibnu Umar menjawab: “Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”

Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita.

Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara yang mempunyai pertalian darah dengan kita.

Allah memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga yang dekat atau jauh.

Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa’, ayat 36, bermaksud:
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya.”
Back to top Go down
AlchemisT®
Macchiato
Macchiato
AlchemisT®


Posts : 2172
Join date : 23/04/2009
Age : 42
Location : Gloria Jeans Coffe

Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa Empty
PostSubject: Re: Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa   Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa EmptyMon Jun 22, 2009 4:00 pm

good info..thanks
Back to top Go down
helang merah
cafe latte
cafe latte
helang merah


Posts : 403
Join date : 05/06/2009
Age : 43
Location : kat rumah mak..

Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa Empty
PostSubject: Re: Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa   Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa EmptyMon Jun 22, 2009 4:01 pm

AlchemisT® wrote:
good info..thanks

sekadar ingat mengingati sesama kita..
Back to top Go down
Sponsored content





Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa Empty
PostSubject: Re: Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa   Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa Empty

Back to top Go down
 
Tazkirah-Iman Tidak Sempurna Jika Guris Hati Ibu Bapa
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 9 sebab hati tidak bahagia
» Antara Sebab Hati Tidak Tenteram
» Tazkirah : Taati ALLAH,Hati Dan Jiwa Jadi Tenang
» Hati-Hati Jangan Kena Pukau!
» Tazkirah-Iblis Datang Menganggu Manusia Ketika Saat Kematian

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Sembang Serius :: Islam itu Indah-
Jump to: