Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Homesecawankopi.comLatest imagesRegisterLog in
Assalamualaikum.. Selamat Datang Kepada semua ke secawankopi.com... enjoy here.. TQ
Maaf chatbox terpaksa ditutup.. Borak kat ^^^BoRak KEdaI KoPI^^^ye....
Disclaimer: The Administrators of this forum, or the Moderators participating, WILL NOT neither accept responsibility for nor give any warranty or other assurance as to the content of the material appearing on this website, its accuracy, completeness, timelessness or fitness for any particular purpose.
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 30 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 30 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 56 on Tue Mar 19, 2024 6:49 pm
Top posters
AlchemisT® (2172)
Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! P11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11 
>>AmIeda<< (1863)
Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! P11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11 
mesyamsul (1611)
Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! P11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11 
♥Tatty Teddy♥ (1275)
Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! P11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11 
mambang_miang (1138)
Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! P11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11 
edija (1135)
Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! P11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11 
©gastacopz™ (1079)
Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! P11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11 
mattop (1033)
Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! P11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11 
Adika (984)
Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! P11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11 
AjaX (969)
Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! P11Hati-Hati Jangan Kena Pukau! I11 

 

 Hati-Hati Jangan Kena Pukau!

Go down 
+6
miss sakura
maf14
>>AmIeda<<
Bart Simpsons
edija
izack1981
10 posters
AuthorMessage
izack1981
Biji Kopi
Biji Kopi



Posts : 2
Join date : 17/04/2009

Hati-Hati Jangan Kena Pukau! Empty
PostSubject: Hati-Hati Jangan Kena Pukau!   Hati-Hati Jangan Kena Pukau! EmptyFri Apr 17, 2009 12:51 am

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
am@hmetro.com.my


TERTIPU...Musalmah di sisi minyak masak yang ditinggal
dua penyangak.

BANTING: Seorang nenek hanya menerima sebotol minyak masak seberat lima kilogram daripada dua lelaki sedangkan dia terpaksa menyerahkan barangan kemas bernilai RM10,000 hanya kerana dikatakan bertuah memenangi cabutan bertuah.

Nenek berkenaan, Musalmah Haron, 70, berkata, ketika kejadian pada 13 Mac lalu, dia sedang sibuk menguruskan cucunya yang baru pulang dari sekolah tanpa menyedari dua lelaki berada di dalam rumahnya.

“Ketika memasak di dapur, seorang cucu memberitahu ada tetamu sedang menunggu di meja makan di ruang tamu kononnya ingin memberikan saya cabutan bertuah.

“Pada mulanya, saya enggan melayan kedatangan mereka kerana lima orang cucu sudah pulang dari sekolah dan ingin makan tengah hari namun mereka bersungguh-sungguh menyuruh saya mengoyak sehelai sampul surat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sri Cheeding, Banting di sini, semalam.



Bagaimanapun, Musalmah enggan membuka sampul surat yang diberikan menyebabkan seorang daripada lelaki itu mengoyakkan untuknya.


“Sambil menjerit kegembiraan, lelaki yang berkulit cerah itu mengucapkan tahniah kononnya saya memenangi sebuah televisyen 24 inci.

“Lelaki itu kemudian bersalaman dengan saya dan tanpa disedari dua bentuk cincin yang dipakai di jari ketika itu diserahkan kepada lelaki terbabit.

“Kemudian, seorang lagi lelaki memberitahu saya memenangi satu lagi hadiah berupa sebuah motosikal dan dia turut bersalaman dengan saya untuk mengucapkan tahniah,” katanya yang menyerahkan pula rantai leher dan dua utas gelang.

Semua kejadian itu disaksikan cucunya yang kemudian bertanya kepada kedua-dua lelaki itu untuk apa barangan kemas nenek mereka diambil.

Menyedari tindak-tanduk mereka disedari cucunya yang berusia 12 tahun itu, lelaki itu tergesa-gesa keluar dari rumah dan meninggalkan sebotol minyak masak lima kilogram sebagai sagu hati kerana menyertai cabutan bertuah itu.

Musalmah bagaimanapun masih tidak menyedari dirinya dipukau sehingga menantunya, Rohana Afandi, 39, pulang bekerja dari kilang berdekatan kira-kira jam 3 petang.

Menurut Rohana, dia mendapati ibu mentuanya yang peramah itu tiba-tiba diam walaupun disapa berkali-kali.

“Saya pelik melihat keadaannya namun tidak berani bertanya lanjut kerana khuatir saya melakukan sesuatu yang menyakitkan hatinya.

“Bagaimanapun, rasa syak itu timbul apabila anak saya asyik bertanya kepada neneknya mengenai barangan kemas dan ia didengari oleh saya,” katanya yang kemudian bertanya cerita sebenar kepada ibu mentuanya itu.

“Emak seolah-olah baru tersedar dan dalam keadaan terpinga-pinga, dia terus menangis.

“Keadaan emak ketika itu lemah longlai. Dia memberitahu semua barangan kemas bernilai lebih RM10,000 peninggalan arwah ayah diserahkan kepada kedua-dua lelaki itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Radzi Ishak mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Back to top Go down
edija
Admin
Admin
edija


Posts : 1135
Join date : 14/04/2009
Age : 46
Location : sedang melihat matahari terbenam...

Hati-Hati Jangan Kena Pukau! Empty
PostSubject: Re: Hati-Hati Jangan Kena Pukau!   Hati-Hati Jangan Kena Pukau! EmptyFri Apr 17, 2009 1:35 am

camner leh masuk umah terus nie???

menakutkan... affraid
Back to top Go down
Bart Simpsons
Super Mod
Super Mod
Bart Simpsons


Posts : 305
Join date : 15/04/2009
Age : 39
Location : Shah Alam

Hati-Hati Jangan Kena Pukau! Empty
PostSubject: Re: Hati-Hati Jangan Kena Pukau!   Hati-Hati Jangan Kena Pukau! EmptyFri Apr 17, 2009 11:22 am

bahaya seh...sekejap betul efek pukau....on the spot je kena dah..
Back to top Go down
>>AmIeda<<
Americano
Americano
>>AmIeda<<


Posts : 1863
Join date : 15/04/2009
Age : 40

Hati-Hati Jangan Kena Pukau! Empty
PostSubject: Re: Hati-Hati Jangan Kena Pukau!   Hati-Hati Jangan Kena Pukau! EmptyFri Apr 17, 2009 11:27 am

kesiannya....
kejam betul....
Back to top Go down
maf14
Cappucino
Cappucino
maf14


Posts : 143
Join date : 23/04/2009
Location : Depan Laptop

Hati-Hati Jangan Kena Pukau! Empty
PostSubject: Re: Hati-Hati Jangan Kena Pukau!   Hati-Hati Jangan Kena Pukau! EmptySun Apr 26, 2009 2:49 am

byk betul kes pukau2 skang nie..
Back to top Go down
http://www.rahsialipid.com
miss sakura
Biji Kopi
Biji Kopi
miss sakura


Posts : 21
Join date : 17/06/2009
Age : 36
Location : atas bumi bawah langit

Hati-Hati Jangan Kena Pukau! Empty
PostSubject: Re: Hati-Hati Jangan Kena Pukau!   Hati-Hati Jangan Kena Pukau! EmptyThu Jun 18, 2009 10:44 pm

kalo nk elak kene pukau, kene pijak tanah...
xpun pakai bj terbalik
Back to top Go down
KuNTai
Biji Kopi
Biji Kopi
KuNTai


Posts : 3
Join date : 18/06/2009
Age : 34
Location : search je kt google..uhuk2..

Hati-Hati Jangan Kena Pukau! Empty
PostSubject: Re: Hati-Hati Jangan Kena Pukau!   Hati-Hati Jangan Kena Pukau! EmptyThu Jun 18, 2009 11:21 pm

miss sakura wrote:
kalo nk elak kene pukau, kene pijak tanah...
xpun pakai bj terbalik

btol ker ni?
xkn kne sokmo pkai bju terbalik?
Back to top Go down
janggut83
Cappucino
Cappucino
janggut83


Posts : 201
Join date : 16/06/2009
Age : 40
Location : puncak lord of the ring

Hati-Hati Jangan Kena Pukau! Empty
PostSubject: Re: Hati-Hati Jangan Kena Pukau!   Hati-Hati Jangan Kena Pukau! EmptyFri Jun 19, 2009 10:18 am

bolo ikan puyu...org tuo den cakap ar..pukau tak masuk...kalau toyol pun elok bolo ikan puyu gak..nanti toyol tu tak jadik amik duit,sibuk main ngan ikan puyu..
Back to top Go down
http://janggut-phero-x.blogspot.com
mambang_miang
Americano
Americano
mambang_miang


Posts : 1138
Join date : 15/06/2009
Age : 41
Location : shah alam

Hati-Hati Jangan Kena Pukau! Empty
PostSubject: Re: Hati-Hati Jangan Kena Pukau!   Hati-Hati Jangan Kena Pukau! EmptyFri Jun 19, 2009 4:04 pm

skang sindiket camtu dia utamakan kat kampung je.. kat KL dia dah xleh cari makan dah
Back to top Go down
awekmambang
cafe latte
cafe latte
awekmambang


Posts : 729
Join date : 14/06/2009
Age : 38
Location : cnun...

Hati-Hati Jangan Kena Pukau! Empty
PostSubject: Re: Hati-Hati Jangan Kena Pukau!   Hati-Hati Jangan Kena Pukau! EmptyFri Jun 19, 2009 10:40 pm

byk btol taktik sekarang nih yer...bijak tul..
Back to top Go down
mambang_miang
Americano
Americano
mambang_miang


Posts : 1138
Join date : 15/06/2009
Age : 41
Location : shah alam

Hati-Hati Jangan Kena Pukau! Empty
PostSubject: Re: Hati-Hati Jangan Kena Pukau!   Hati-Hati Jangan Kena Pukau! EmptySat Jun 20, 2009 2:27 am

awekmambang wrote:
byk btol taktik sekarang nih yer...bijak tul..
biasa laaa org nak cari untungg apa cara pun jadi Hati-Hati Jangan Kena Pukau! 297378
Back to top Go down
awekmambang
cafe latte
cafe latte
awekmambang


Posts : 729
Join date : 14/06/2009
Age : 38
Location : cnun...

Hati-Hati Jangan Kena Pukau! Empty
PostSubject: Re: Hati-Hati Jangan Kena Pukau!   Hati-Hati Jangan Kena Pukau! EmptySat Jun 20, 2009 3:47 pm

tapi ngan cara yg cam tuh..
Back to top Go down
mambang_miang
Americano
Americano
mambang_miang


Posts : 1138
Join date : 15/06/2009
Age : 41
Location : shah alam

Hati-Hati Jangan Kena Pukau! Empty
PostSubject: Re: Hati-Hati Jangan Kena Pukau!   Hati-Hati Jangan Kena Pukau! EmptySat Jun 20, 2009 7:03 pm

awekmambang wrote:
tapi ngan cara yg cam tuh..
org nak cari untung x kiranya
Back to top Go down
Sponsored content





Hati-Hati Jangan Kena Pukau! Empty
PostSubject: Re: Hati-Hati Jangan Kena Pukau!   Hati-Hati Jangan Kena Pukau! Empty

Back to top Go down
 
Hati-Hati Jangan Kena Pukau!
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» ^^^LuahaN HaTi^^^
» Pantun Sakit Hati
» 2 Awww ngangis kena jell
» 9 sebab hati tidak bahagia
» Antara Sebab Hati Tidak Tenteram

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Sembang Serius :: Isu Semasa-
Jump to: