Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Homesecawankopi.comLatest imagesRegisterLog in
Assalamualaikum.. Selamat Datang Kepada semua ke secawankopi.com... enjoy here.. TQ
Maaf chatbox terpaksa ditutup.. Borak kat ^^^BoRak KEdaI KoPI^^^ye....
Disclaimer: The Administrators of this forum, or the Moderators participating, WILL NOT neither accept responsibility for nor give any warranty or other assurance as to the content of the material appearing on this website, its accuracy, completeness, timelessness or fitness for any particular purpose.
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 25 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 25 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 212 on Wed Nov 06, 2024 5:33 am
Top posters
AlchemisT® (2172)
Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11Bina Peribadi Anak Waktu Makan P11Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11 
>>AmIeda<< (1863)
Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11Bina Peribadi Anak Waktu Makan P11Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11 
mesyamsul (1611)
Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11Bina Peribadi Anak Waktu Makan P11Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11 
♥Tatty Teddy♥ (1275)
Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11Bina Peribadi Anak Waktu Makan P11Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11 
mambang_miang (1138)
Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11Bina Peribadi Anak Waktu Makan P11Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11 
edija (1135)
Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11Bina Peribadi Anak Waktu Makan P11Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11 
©gastacopz™ (1079)
Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11Bina Peribadi Anak Waktu Makan P11Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11 
mattop (1033)
Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11Bina Peribadi Anak Waktu Makan P11Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11 
Adika (984)
Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11Bina Peribadi Anak Waktu Makan P11Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11 
AjaX (969)
Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11Bina Peribadi Anak Waktu Makan P11Bina Peribadi Anak Waktu Makan I11 

 

 Bina Peribadi Anak Waktu Makan

Go down 
AuthorMessage
mesyamsul
Americano
Americano
mesyamsul


Posts : 1611
Join date : 11/05/2009
Age : 42
Location : Hujan duit di negeri orang..

Bina Peribadi Anak Waktu Makan Empty
PostSubject: Bina Peribadi Anak Waktu Makan   Bina Peribadi Anak Waktu Makan EmptyFri Jun 12, 2009 4:44 pm

BINA PERIBADI ANAK WAKTU MAKAN
Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu
bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk
membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu
makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu
makan:

1. Tunggu orang yang paling tua
"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau
tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan
begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat
kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau
kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok
waktu makan."


2. Baca bismillah dan guna tangan kanan
"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau
memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke
mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan
kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh
syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang
banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."


3. Ambil lauk terdekat dulu
"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa?
Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa,
itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia
mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.

"Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang
pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia
tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.
Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang
lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita.
Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah
waktunya."

4. Kawal suapan
"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan
seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan,
baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih
jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau
lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."
Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia
akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah
perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia
mempengaruhi roh."

Bina Peribadi Anak Waktu Makan 479620
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/mesyamsul
 
Bina Peribadi Anak Waktu Makan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Menangani Anak Nakal
» Anak sape la ni...
» Ibu, Anak Dan Menantu
» Takdir Anak Seni
» Rahsia perangai anak...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Kekeluargaan :: Pa & Ma-
Jump to: