| Rahsia perangai anak... | |
|
|
Author | Message |
---|
edija Admin
Posts : 1135 Join date : 14/04/2009 Age : 47 Location : sedang melihat matahari terbenam...
| Subject: Rahsia perangai anak... Wed May 06, 2009 12:02 am | |
| Tahukah anda bahawa kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka.
Berikut ini disenaraikan ciri-ciri atau perangai-perangai seseorang mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik beradik. Sama adanya ianya tepat atau pun tidak, anda nilailah sendiri. Yang pasti, semua ini ditulis berdasarkan cerita-cerita orang tua, dan pengalaman-pengalaman orang lama. Ini adalah rahsia orang dulu-dulu dalam mengenali watak anak.
Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego. * sering berjaya dalam hidup. * lebih pandai mengambil hati orang tua. * mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain. * lebih percaya dengan keyakinan sendiri. * suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri. * sering merasakan diri mereka terpinggir. * terlalu mengalah
Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* happy go-lucky dan yakin diri. * manja. * berkeinginan dan bercita-cita tinggi. * sukar membuat keputusan sendiri.
Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* sering merasakan diri mereka kesunyian. * lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai. * lebih bijak bergaul. * lebih cepat matang. * terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat. * sukar nak bertolak ansur dengan orang lain. | |
|
| |
kriza_insyi Mocha
Posts : 66 Join date : 03/05/2009
| Subject: Re: Rahsia perangai anak... Wed May 06, 2009 12:49 am | |
| anak sulung aku....manja....wpun lelaki. tp dia mmg lebih beralah ler....dan lbh mendengar kata.
anak tengah....fuh....suka melaram! Nak pakai losyen.....alasan dia....nak bg putih...hehehe....dia mmg gelap sket compared to abg dia....tp rambut dia lawa...mcm hasil dr salun.....jimat duit....ekekekke. tp dia ni, jenis yg kurang makan saman sket.....setakat marah sikit2 tu....dia tak heran lgsg....
yg bongsu setakat ini.....dia ni lbh garang dr kakak and abang dia.....dan lbh manja jugak....sbb hari2 bibik dok kelek dia......umo setahun baru bljr pegang botol susu sendiri......itupun aku paksa. kot idak...semua bibik dia la buat. tp, dia punya pick-up tu....pantas...maybe sbb dia ada abg dan kakak....so dia lbh cepat bljr. abg dia pun suka layan dia....kakak dia malas sket layan adik ni..... | |
|
| |
findingbhulan[RH] cafe latte
Posts : 740 Join date : 21/04/2009 Location : in your database.
| Subject: Re: Rahsia perangai anak... Wed May 06, 2009 11:07 am | |
| saye anak tgh. | |
|
| |
©gastacopz™ Americano
Posts : 1079 Join date : 24/04/2009 Location : Henyak Sepuas Hati @ Katil
| |
| |
findingbhulan[RH] cafe latte
Posts : 740 Join date : 21/04/2009 Location : in your database.
| Subject: Re: Rahsia perangai anak... Wed May 06, 2009 11:51 am | |
| | |
|
| |
edija Admin
Posts : 1135 Join date : 14/04/2009 Age : 47 Location : sedang melihat matahari terbenam...
| Subject: Re: Rahsia perangai anak... Wed May 06, 2009 12:31 pm | |
| ramai anak tengah...
sama la...
yg suka mengalah tu memang betul...
ekekekek | |
|
| |
©gastacopz™ Americano
Posts : 1079 Join date : 24/04/2009 Location : Henyak Sepuas Hati @ Katil
| Subject: Re: Rahsia perangai anak... Wed May 06, 2009 12:36 pm | |
| | |
|
| |
Adika cafe latte
Posts : 984 Join date : 15/04/2009 Age : 51 Location : Taman Rashidah Utama
| |
| |
findingbhulan[RH] cafe latte
Posts : 740 Join date : 21/04/2009 Location : in your database.
| |
| |
eLLYaNa cafe latte
Posts : 935 Join date : 17/04/2009 Location : 'Kedai Kopi', Shah Alam <---tapi minum milo ais kaw tabur
| Subject: Re: Rahsia perangai anak... Wed May 06, 2009 3:55 pm | |
| | |
|
| |
Adika cafe latte
Posts : 984 Join date : 15/04/2009 Age : 51 Location : Taman Rashidah Utama
| Subject: Re: Rahsia perangai anak... Wed May 06, 2009 4:05 pm | |
| | |
|
| |
findingbhulan[RH] cafe latte
Posts : 740 Join date : 21/04/2009 Location : in your database.
| Subject: Re: Rahsia perangai anak... Wed May 06, 2009 4:22 pm | |
| - eLLYaNa wrote:
- patut la cik prae pun gatal
korg berdua mmg anak tgh kan
mane ade. ekceli kalau nak diikutkan saye bkn lah anak tgh tp anak tepi. sebab saye no. 2 dari 4 org beradik. kalau anak no. 3 dari 5 org, no. 4 dari 7 org dan seterusnye, baru lah anak tgh. | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Rahsia perangai anak... | |
| |
|
| |
| Rahsia perangai anak... | |
|