Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Homesecawankopi.comLatest imagesRegisterLog in
Assalamualaikum.. Selamat Datang Kepada semua ke secawankopi.com... enjoy here.. TQ
Maaf chatbox terpaksa ditutup.. Borak kat ^^^BoRak KEdaI KoPI^^^ye....
Disclaimer: The Administrators of this forum, or the Moderators participating, WILL NOT neither accept responsibility for nor give any warranty or other assurance as to the content of the material appearing on this website, its accuracy, completeness, timelessness or fitness for any particular purpose.
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 13 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 13 Guests

None

Most users ever online was 56 on Tue Mar 19, 2024 6:49 pm
Top posters
AlchemisT® (2172)
Beruk mengganas I11Beruk mengganas P11Beruk mengganas I11 
>>AmIeda<< (1863)
Beruk mengganas I11Beruk mengganas P11Beruk mengganas I11 
mesyamsul (1611)
Beruk mengganas I11Beruk mengganas P11Beruk mengganas I11 
♥Tatty Teddy♥ (1275)
Beruk mengganas I11Beruk mengganas P11Beruk mengganas I11 
mambang_miang (1138)
Beruk mengganas I11Beruk mengganas P11Beruk mengganas I11 
edija (1135)
Beruk mengganas I11Beruk mengganas P11Beruk mengganas I11 
©gastacopz™ (1079)
Beruk mengganas I11Beruk mengganas P11Beruk mengganas I11 
mattop (1033)
Beruk mengganas I11Beruk mengganas P11Beruk mengganas I11 
Adika (984)
Beruk mengganas I11Beruk mengganas P11Beruk mengganas I11 
AjaX (969)
Beruk mengganas I11Beruk mengganas P11Beruk mengganas I11 

 

 Beruk mengganas

Go down 
2 posters
AuthorMessage
mesyamsul
Americano
Americano
mesyamsul


Posts : 1611
Join date : 11/05/2009
Age : 42
Location : Hujan duit di negeri orang..

Beruk mengganas Empty
PostSubject: Beruk mengganas   Beruk mengganas EmptyTue Dec 22, 2009 2:23 pm

Kejadian pelajar diserang haiwan liar bimbangkan penduduk

TAIPING: Beruk 'mengganas' dan keadaan itu menyebabkan sebahagian besar penduduk di Kampung Changkat Larah, dekat sini dan taman perumahan sekitarnya kini hidup dalam kebimbangan jika bertembung dengan haiwan berkenaan.

Kemungkinan penduduk diserang beruk liar adalah besar berikutan beberapa siri serangan yang berlaku termasuk kejadian seorang pelajar dari Kuala Lumpur yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diserang haiwan berkenaan ketika pulang ke sini menemui datuknya, dalam kejadian pada 8 Disember lalu.

Dalam kejadian itu, Mohd Shahriq Syazwan Mohd Sahar, 15, yang belajar di Sekolah Menengah Taman Keramat cedera di siku kanan, tapak tangan kiri, dan lutut kiri selepas diserang seekor beruk liar.

Ketika diserang, mangsa terpaksa bergelut dan berjaya melepaskan beruk berkenaan yang mengejar dan memanjat bahunya. Mangsa berjaya melepaskan diri dengan pertolongan orang ramai.

Ketua Kampung Changkat Larah, Ilias Saad, 55, berkata kawasan itu memang dihuni banyak beruk dan kera liar yang dipercayai tinggal dalam belukar dan hutan kelapa sawit berhampiran.

Katanya, beruk dan kera sering dilihat merayau-rayau secara berkumpulan di kawasan Kampung Changkat Larah dan juga kawasan perumahan berhampiran.

"Ada kalanya haiwan liar itu masuk ke dalam rumah penduduk dan menyelongkar periuk belanga untuk mencari makanan.

"Malah ada haiwan liar itu bertindak lebih berani dengan mengangkat ayam betina yang sedang mengeram dan terus mengambil telur ayam yang sedang dieram itu untuk dijadikan makanan.

"Saya akan maklumkan hal ini kepada Jabatan Perhilitan supaya mengambil tindakan dan menjalankan operasi menangkap," katanya.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhilitan Perak, Joil Bombon berkata, sebaik berita kejadian itu tersiar dalam akhbar pihaknya datang menemui pelajar itu dan juga keluarganya untuk menjalankan siasatan.

Joil memberitahu, berikutan itu, pihaknya memasang perangkap di kawasan sekitar dan tempat kejadian bagi menangkap haiwan berkenaan.

Katanya, pihaknya akan memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan kumpulan binatang itu tidak terus mengganas dan mengancam ketenteraman penduduk di kawasan sekitar.

"Apapun, saya nasihatkan orang ramai apabila bertemu dengan kumpulan beruk jangan cuba menyergah atau mengusik kerana kemungkinan ada yang garang dan akan menyerang," katanya.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan pelajar berkenaan diserang selepas cuba menyergah haiwan berkenaan yang secara tiba-tiba naik angin dan menyerang balas.
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/mesyamsul
mesyamsul
Americano
Americano
mesyamsul


Posts : 1611
Join date : 11/05/2009
Age : 42
Location : Hujan duit di negeri orang..

Beruk mengganas Empty
PostSubject: Re: Beruk mengganas   Beruk mengganas EmptyTue Dec 22, 2009 2:23 pm

ooo.... menakutkan... pale
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/mesyamsul
mambang_miang
Americano
Americano
mambang_miang


Posts : 1138
Join date : 15/06/2009
Age : 41
Location : shah alam

Beruk mengganas Empty
PostSubject: Re: Beruk mengganas   Beruk mengganas EmptyThu Jan 28, 2010 12:34 pm

sepak kan aje beruk tu
Back to top Go down
Sponsored content





Beruk mengganas Empty
PostSubject: Re: Beruk mengganas   Beruk mengganas Empty

Back to top Go down
 
Beruk mengganas
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Sembang Serius :: Isu Semasa-
Jump to: