Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Homesecawankopi.comLatest imagesRegisterLog in
Assalamualaikum.. Selamat Datang Kepada semua ke secawankopi.com... enjoy here.. TQ
Maaf chatbox terpaksa ditutup.. Borak kat ^^^BoRak KEdaI KoPI^^^ye....
Disclaimer: The Administrators of this forum, or the Moderators participating, WILL NOT neither accept responsibility for nor give any warranty or other assurance as to the content of the material appearing on this website, its accuracy, completeness, timelessness or fitness for any particular purpose.
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 23 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 23 Guests

None

Most users ever online was 56 on Tue Mar 19, 2024 6:49 pm
Top posters
AlchemisT® (2172)
Puasa 6 di bulan Syawal I11Puasa 6 di bulan Syawal P11Puasa 6 di bulan Syawal I11 
>>AmIeda<< (1863)
Puasa 6 di bulan Syawal I11Puasa 6 di bulan Syawal P11Puasa 6 di bulan Syawal I11 
mesyamsul (1611)
Puasa 6 di bulan Syawal I11Puasa 6 di bulan Syawal P11Puasa 6 di bulan Syawal I11 
♥Tatty Teddy♥ (1275)
Puasa 6 di bulan Syawal I11Puasa 6 di bulan Syawal P11Puasa 6 di bulan Syawal I11 
mambang_miang (1138)
Puasa 6 di bulan Syawal I11Puasa 6 di bulan Syawal P11Puasa 6 di bulan Syawal I11 
edija (1135)
Puasa 6 di bulan Syawal I11Puasa 6 di bulan Syawal P11Puasa 6 di bulan Syawal I11 
©gastacopz™ (1079)
Puasa 6 di bulan Syawal I11Puasa 6 di bulan Syawal P11Puasa 6 di bulan Syawal I11 
mattop (1033)
Puasa 6 di bulan Syawal I11Puasa 6 di bulan Syawal P11Puasa 6 di bulan Syawal I11 
Adika (984)
Puasa 6 di bulan Syawal I11Puasa 6 di bulan Syawal P11Puasa 6 di bulan Syawal I11 
AjaX (969)
Puasa 6 di bulan Syawal I11Puasa 6 di bulan Syawal P11Puasa 6 di bulan Syawal I11 

 

 Puasa 6 di bulan Syawal

Go down 
AuthorMessage
mesyamsul
Americano
Americano
mesyamsul


Posts : 1611
Join date : 11/05/2009
Age : 42
Location : Hujan duit di negeri orang..

Puasa 6 di bulan Syawal Empty
PostSubject: Puasa 6 di bulan Syawal   Puasa 6 di bulan Syawal EmptyTue Sep 22, 2009 1:48 pm

PUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL

Abu Ayyub Al-Anshari radhiallahu' anhu, Nabi s.a.w. bersabda

"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari dibulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun. (Hadis Riwayat : Muslim).

Imam Ahmad dan An-Nasa'i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi s.a.w berabda:

"Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh. "

Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu, Nabi s.a.w bersabda:

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun. (Hadis Riwayat : AlBazzar)

Sesungguhnya pahala puasa Ramadhan yang disertai dengan puasa enam hari di bulan Syawal menyamai pahala puasa satu tahun penuh, kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran sepuluh kali ganda.

Puasa setelah Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya :

Puasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa Ramadhan.

Puasa Syawal dan Sya'ban bagaikan solat sunat rawatib, berfungsi sebagai penyempurna kepada kekurangan atau kecacatan. Sesungguhnya pada hari Kiamat nanti amalan-amalan fardhu akan disempumakan (dilengkapi) dengan amalan-amalan sunnah. Puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan tidak sempuma, maka puasa syawal sebagai penampong bagi meyempumakannya.

Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, kerana apabila Allah Ta'ala menerima amal seorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik. Sesungguhnya sesiapa yang mengerjakan kebaikan kemudian disertai diikuti dengan kebaikan lain, maka hal itu merupakan tanda Allah menerima amal pertama. Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan suatu kebaikan lalu diikuti dengan yang buruk maka hal itu merupakan tanda tertolak amal yang pertama.

Puasa Ramadhan mendatangkan maghfirah atas dosa-dosa yang lalu dan akan datang. Orang yang berpuasa Ramadhan akan mendapatkan pahalanya pada hari Raya Aidil Fitri yang merupakan hari pembahagian hadiah, maka membiasakan puasa setelah Aidil Fitri merupakan bentuk rasa syukur atas nikmat ini. Dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

Dan di antara manfaat puasa enam hari bulan Syawal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini, selama ia masih hidup. Orang yang memiliki hutang puasa Ramadhan memulai membayamya dibulan Syawal dan mempercepat proses pembebasan dirinya dari tanggungan hutangnya.

Puasa 6 di bulan Syawal 817919
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/mesyamsul
 
Puasa 6 di bulan Syawal
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» ~~ BuKa PuAsA @ SecawanKopi.com @~~
» NASA mahu bom bulan
» Selamat Datang Bulan Rejab-24 Jun 2009

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Sembang Serius :: Islam itu Indah-
Jump to: