Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Homesecawankopi.comLatest imagesRegisterLog in
Assalamualaikum.. Selamat Datang Kepada semua ke secawankopi.com... enjoy here.. TQ
Maaf chatbox terpaksa ditutup.. Borak kat ^^^BoRak KEdaI KoPI^^^ye....
Disclaimer: The Administrators of this forum, or the Moderators participating, WILL NOT neither accept responsibility for nor give any warranty or other assurance as to the content of the material appearing on this website, its accuracy, completeness, timelessness or fitness for any particular purpose.
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 22 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 22 Guests

None

Most users ever online was 212 on Wed Nov 06, 2024 5:33 am
Top posters
AlchemisT® (2172)
Gaduh rebut hidu gam I11Gaduh rebut hidu gam P11Gaduh rebut hidu gam I11 
>>AmIeda<< (1863)
Gaduh rebut hidu gam I11Gaduh rebut hidu gam P11Gaduh rebut hidu gam I11 
mesyamsul (1611)
Gaduh rebut hidu gam I11Gaduh rebut hidu gam P11Gaduh rebut hidu gam I11 
♥Tatty Teddy♥ (1275)
Gaduh rebut hidu gam I11Gaduh rebut hidu gam P11Gaduh rebut hidu gam I11 
mambang_miang (1138)
Gaduh rebut hidu gam I11Gaduh rebut hidu gam P11Gaduh rebut hidu gam I11 
edija (1135)
Gaduh rebut hidu gam I11Gaduh rebut hidu gam P11Gaduh rebut hidu gam I11 
©gastacopz™ (1079)
Gaduh rebut hidu gam I11Gaduh rebut hidu gam P11Gaduh rebut hidu gam I11 
mattop (1033)
Gaduh rebut hidu gam I11Gaduh rebut hidu gam P11Gaduh rebut hidu gam I11 
Adika (984)
Gaduh rebut hidu gam I11Gaduh rebut hidu gam P11Gaduh rebut hidu gam I11 
AjaX (969)
Gaduh rebut hidu gam I11Gaduh rebut hidu gam P11Gaduh rebut hidu gam I11 

 

 Gaduh rebut hidu gam

Go down 
5 posters
AuthorMessage
mesyamsul
Americano
Americano
mesyamsul


Posts : 1611
Join date : 11/05/2009
Age : 42
Location : Hujan duit di negeri orang..

Gaduh rebut hidu gam Empty
PostSubject: Gaduh rebut hidu gam   Gaduh rebut hidu gam EmptyTue Jul 14, 2009 10:09 am

KUALA LUMPUR: Kebiasaannya penjenayah termasuk penagih dadah akan lari lintang pukang sebaik mengesan kehadiran pihak berkuasa, namun lain pula kisahnya dengan tiga beradik yang ketagih menghidu gam apabila mereka nekad menyerang dua anggota polis di Flet Sri Johor, di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, tindakan tiga beradik digelar ‘hantu gam’ menyerang kedua-dua anggota polis lengkap berpakaian seragam menggunakan kayu panjang berlaku sebaik anggota pasukan keselamatan itu cuba meleraikan pergaduhan sesama mereka di tempat letak kenderaan di flet berkenaan.

Pertelingkahan itu dikatakan berlaku disebabkan mereka yang berusia antara 18 hingga 23 tahun berebut satu tin gam terakhir dan kekusutan mula terjadi apabila masing-masing enggan mengalah atau berkongsi menghidu gam.

Perkelahian ketiga-tiga beradik terbabit kira-kira jam 8.30 malam menimbulkan kerisauan penduduk di kawasan perumahan itu.

Keresahan penduduk kian bertambah apabila melihat mereka mula menggunakan kayu sebagai senjata menyebabkan seorang penghuni flet menghubungi polis.

Menurut sumber, kedua-dua anggota polis yang sedang melakukan rondaan berhampiran bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat dan tiba kira-kira 10 minit kemudian untuk meleraikan pergaduhan itu.

“Sebaik tiba, seorang daripada anggota polis memperkenalkan diri, namun tiga beradik terbabit tidak mempedulikan kehadirannya.

“Malah, mereka bertiga terus bergaduh selain mengarahkan kedua-dua anggota polis berkenaan supaya tidak masuk campur.

“Tidak cukup dengan itu, seorang daripada mereka mengugut untuk mencederakan anggota polis itu jika cuba meleraikan pergaduhan berkenaan,” katanya.

Menurut sumber, seorang daripada anggota polis tidak mengendahkan ugutan itu, sebaliknya meneruskan kewajipannya untuk meleraikan pergaduhan itu.

Berang dengan tindakan berkenaan, seorang daripada tiga beradik itu menumbuk muka anggota polis terbabit menyebabkan berlaku pergelutan, manakala dua lagi saudaranya menyerang seorang lagi anggota polis menggunakan kayu panjang.

Sumber berkata, pergelutan itu berlaku lebih 20 minit sebelum dua anggota polis berkenaan berjaya menahan tiga beradik terbabit.

“Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Salak Selatan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Siasatan awal mengenai punca pergaduhan ketiga-tiga beradik itu cukup melucukan apabila ia hanya disebabkan berebut satu tin gam,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua anggota polis berkenaan cedera pada muka serta badan, namun hanya dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

“Kita juga sudah menahan semua suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090714064740/Article/index_html
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/mesyamsul
>>AmIeda<<
Americano
Americano
>>AmIeda<<


Posts : 1863
Join date : 15/04/2009
Age : 40

Gaduh rebut hidu gam Empty
PostSubject: Re: Gaduh rebut hidu gam   Gaduh rebut hidu gam EmptyTue Jul 14, 2009 10:12 am

hahahaha........ lawak campur sengal...
apalah nak jadi dengan masa depan bangsa kita skarang...
ini mesti melayu ni....
Back to top Go down
mesyamsul
Americano
Americano
mesyamsul


Posts : 1611
Join date : 11/05/2009
Age : 42
Location : Hujan duit di negeri orang..

Gaduh rebut hidu gam Empty
PostSubject: Re: Gaduh rebut hidu gam   Gaduh rebut hidu gam EmptyTue Jul 14, 2009 12:36 pm

hidup pun menyusahkan orang...
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/mesyamsul
AlchemisT®
Macchiato
Macchiato
AlchemisT®


Posts : 2172
Join date : 23/04/2009
Age : 42
Location : Gloria Jeans Coffe

Gaduh rebut hidu gam Empty
PostSubject: Re: Gaduh rebut hidu gam   Gaduh rebut hidu gam EmptyTue Jul 14, 2009 1:13 pm

dunia da lama...
Back to top Go down
mambang_miang
Americano
Americano
mambang_miang


Posts : 1138
Join date : 15/06/2009
Age : 41
Location : shah alam

Gaduh rebut hidu gam Empty
PostSubject: Re: Gaduh rebut hidu gam   Gaduh rebut hidu gam EmptyTue Jul 28, 2009 3:03 pm

erm dah lalok camtu laaa
Back to top Go down
awekmambang
cafe latte
cafe latte
awekmambang


Posts : 729
Join date : 14/06/2009
Age : 38
Location : cnun...

Gaduh rebut hidu gam Empty
PostSubject: Re: Gaduh rebut hidu gam   Gaduh rebut hidu gam EmptyMon Aug 10, 2009 4:43 pm

takde bende lain ke nak hidu..gam jgk die layan....
Back to top Go down
Sponsored content





Gaduh rebut hidu gam Empty
PostSubject: Re: Gaduh rebut hidu gam   Gaduh rebut hidu gam Empty

Back to top Go down
 
Gaduh rebut hidu gam
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Sembang Serius :: Isu Semasa-
Jump to: