Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Homesecawankopi.comLatest imagesRegisterLog in
Assalamualaikum.. Selamat Datang Kepada semua ke secawankopi.com... enjoy here.. TQ
Maaf chatbox terpaksa ditutup.. Borak kat ^^^BoRak KEdaI KoPI^^^ye....
Disclaimer: The Administrators of this forum, or the Moderators participating, WILL NOT neither accept responsibility for nor give any warranty or other assurance as to the content of the material appearing on this website, its accuracy, completeness, timelessness or fitness for any particular purpose.
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 25 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 25 Guests

None

Most users ever online was 56 on Tue Mar 19, 2024 6:49 pm
Top posters
AlchemisT® (2172)
Tragedi hilang kunci bilik asrama I11Tragedi hilang kunci bilik asrama P11Tragedi hilang kunci bilik asrama I11 
>>AmIeda<< (1863)
Tragedi hilang kunci bilik asrama I11Tragedi hilang kunci bilik asrama P11Tragedi hilang kunci bilik asrama I11 
mesyamsul (1611)
Tragedi hilang kunci bilik asrama I11Tragedi hilang kunci bilik asrama P11Tragedi hilang kunci bilik asrama I11 
♥Tatty Teddy♥ (1275)
Tragedi hilang kunci bilik asrama I11Tragedi hilang kunci bilik asrama P11Tragedi hilang kunci bilik asrama I11 
mambang_miang (1138)
Tragedi hilang kunci bilik asrama I11Tragedi hilang kunci bilik asrama P11Tragedi hilang kunci bilik asrama I11 
edija (1135)
Tragedi hilang kunci bilik asrama I11Tragedi hilang kunci bilik asrama P11Tragedi hilang kunci bilik asrama I11 
©gastacopz™ (1079)
Tragedi hilang kunci bilik asrama I11Tragedi hilang kunci bilik asrama P11Tragedi hilang kunci bilik asrama I11 
mattop (1033)
Tragedi hilang kunci bilik asrama I11Tragedi hilang kunci bilik asrama P11Tragedi hilang kunci bilik asrama I11 
Adika (984)
Tragedi hilang kunci bilik asrama I11Tragedi hilang kunci bilik asrama P11Tragedi hilang kunci bilik asrama I11 
AjaX (969)
Tragedi hilang kunci bilik asrama I11Tragedi hilang kunci bilik asrama P11Tragedi hilang kunci bilik asrama I11 

 

 Tragedi hilang kunci bilik asrama

Go down 
+2
>>AmIeda<<
mesyamsul
6 posters
AuthorMessage
mesyamsul
Americano
Americano
mesyamsul


Posts : 1611
Join date : 11/05/2009
Age : 42
Location : Hujan duit di negeri orang..

Tragedi hilang kunci bilik asrama Empty
PostSubject: Tragedi hilang kunci bilik asrama   Tragedi hilang kunci bilik asrama EmptyTue Jul 14, 2009 10:00 am

KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak menduga kejadian ini akan berlaku kerana ketika berbual dengannya, arwah bersikap ceria seperti biasa. Dia mungkin menghubungi saya kerana rindu walaupun pada minggu lalu kami baru berjumpa ketika saya pergi ke Kuala Lumpur.

“Arwah sepatutnya menamatkan pengajian selama tiga tahun pada 2012, bagaimanapun semuanya tak kesampaian,” kata ibu kepada Mohd Khalis Zulikifli, 18, penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang maut terjatuh dari tingkat empat bangunan asramanya di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika penuntut jurusan Elektrik Kuasa, UTM, Kampus Kuala Lumpur itu dikatakan cuba memasuki biliknya di asrama Siswa Jaya, di Taman Seri Rampai di sini, dengan memanjat melalui tingkap bilik rakannya selepas terkunci dari luar berikutan kehilangan kunci bilik.

Bagaimanapun, tanpa diduga mangsa yang baru dua minggu bergelar mahasiswa tiba-tiba tergelincir dan terjatuh dari tingkat terbabit dan terhempas ke atas gelanggang badminton sebelum disahkan meninggal dunia sejurus kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di kepala.

Ibu mangsa yang hanya dikenali sebagai Ina, 45, ketika ditemui berkata dia hampir pengsan selepas dimaklumkan berita menimpa anaknya itu oleh kakitangan asrama sebelum bergegas ke ibu negara dari rumahnya di Kluang, Johor bersama suaminya.

Dia yang ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi semalam, berkata pada jam 6 petang kelmarin mangsa ada menghubunginya dan bertanyakan khabarnya serta ahli keluarga lain kerana rindu.

Difahamkan mangsa, diterima masuk untuk mengikuti kursus terbabit selepas keputusan subjek Matematik Tambahan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amat cemerlang selain beberapa lagi mata pelajaran penting lain.

Sementara itu, rakan mangsa, Mohd Zaki Nurhashim, 19, berkata sebelum kejadian mangsa datang ke biliknya untuk memanjat tingkap masuk ke bilik sebelah sebelum terjatuh.

“Saya hanya mampu melihatnya jatuh dan gagal untuk membantu. Sejurus kemudian kami turun ke tingkat bawah dan melihat arwah dalam keadaan separuh sedar dalam keadaan tertiarap di atas gelanggang badminton dan mula tidak sedarkan diri.

“Risau dengan keadaannya, kejadian itu dimaklumkan pada pengurusan asrama. Dia juga tidak menyahut walaupun kami berulang kali memanggil namanya sebelum disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian,” katanya.

Mangsa dikatakan memanjat tingkap untuk menyeberang ke biliknya berikutan tidak sempat membuat kunci pendua apabila kunci biliknya hilang sejak beberapa hari lalu.

Jenazah mangsa dituntut warisnya dibawa pulang ke kampung di Kluang, Johor petang semalam bagi urusan pengkebumian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090714064655/Article/index_html
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/mesyamsul
mesyamsul
Americano
Americano
mesyamsul


Posts : 1611
Join date : 11/05/2009
Age : 42
Location : Hujan duit di negeri orang..

Tragedi hilang kunci bilik asrama Empty
PostSubject: Re: Tragedi hilang kunci bilik asrama   Tragedi hilang kunci bilik asrama EmptyTue Jul 14, 2009 10:03 am

nasihat kepada warga asrama lain..,
kalo ilang kunci tu, pi ler info/minta spare kat warden...
bior ler ilang duit skit kena denda dari ilang nyawa....

al-fatihah untuk arwah... Tragedi hilang kunci bilik asrama 465174
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/mesyamsul
>>AmIeda<<
Americano
Americano
>>AmIeda<<


Posts : 1863
Join date : 15/04/2009
Age : 40

Tragedi hilang kunci bilik asrama Empty
PostSubject: Re: Tragedi hilang kunci bilik asrama   Tragedi hilang kunci bilik asrama EmptyTue Jul 14, 2009 10:18 am

ish.. ni kira macam bunuh diri gak ker ek????
kalau bunuh dirikan tak diterima kubur.....
Back to top Go down
AlchemisT®
Macchiato
Macchiato
AlchemisT®


Posts : 2172
Join date : 23/04/2009
Age : 41
Location : Gloria Jeans Coffe

Tragedi hilang kunci bilik asrama Empty
PostSubject: Re: Tragedi hilang kunci bilik asrama   Tragedi hilang kunci bilik asrama EmptyTue Jul 14, 2009 10:31 am

al fatihah...semoga ditempat golongn yg beriman...
Back to top Go down
mambang_miang
Americano
Americano
mambang_miang


Posts : 1138
Join date : 15/06/2009
Age : 41
Location : shah alam

Tragedi hilang kunci bilik asrama Empty
PostSubject: Re: Tragedi hilang kunci bilik asrama   Tragedi hilang kunci bilik asrama EmptyTue Jul 28, 2009 2:59 pm

klu terajang pintu tu kan senang abis cite hehehe
Back to top Go down
awekmambang
cafe latte
cafe latte
awekmambang


Posts : 729
Join date : 14/06/2009
Age : 38
Location : cnun...

Tragedi hilang kunci bilik asrama Empty
PostSubject: Re: Tragedi hilang kunci bilik asrama   Tragedi hilang kunci bilik asrama EmptyMon Aug 10, 2009 4:47 pm

sume nih nak jadi sebab jer...al-fatihah utk arwah..
Back to top Go down
mattop
Americano
Americano
mattop


Posts : 1033
Join date : 20/04/2009

Tragedi hilang kunci bilik asrama Empty
PostSubject: Re: Tragedi hilang kunci bilik asrama   Tragedi hilang kunci bilik asrama EmptyMon Aug 10, 2009 5:00 pm

kat UTM semarak kalau wat report baru kena denda RM2 hinggit...

org umah mattop jd felo kolej nie dulu.... :D
Back to top Go down
Sponsored content





Tragedi hilang kunci bilik asrama Empty
PostSubject: Re: Tragedi hilang kunci bilik asrama   Tragedi hilang kunci bilik asrama Empty

Back to top Go down
 
Tragedi hilang kunci bilik asrama
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tragedi di bilik asrama UTM
» Jom practise lidah...supaya hilang ngantuk
» Lampias nafsu dalam bilik bos

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Sembang Serius :: Isu Semasa-
Jump to: