Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir
semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu
kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan
sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu
pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang
memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada
yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai
stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk
memulakan perjalanan.. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga.
Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini
dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan
jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini
diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu
yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di
JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada
belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di
dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian
gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak
zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia
sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah
pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu.
Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga
enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta
sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua
tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi
biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini
perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda
bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di
Malaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan
dunia yang lebih baik di masa mendatang,
pemanasan enjin adalah tidak
digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen
nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan.
Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika
Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa
enjin
kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling)
melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa
cara yang
terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu
persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin
kenderaan
hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur
ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? Rasanya memang
dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu
Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature".
Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih
dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius.
Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam
keadaan pepura (idling) adalah
bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik
jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika,
lagi 'gentle' kalau
pandu terus.Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam
keadaan
pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan
berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan
pembakaran bahanapi tidak dapat
dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk
kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke
dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding
silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami
kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang
tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung
minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan
hilang kecekapannya.
Di samping itu, tabiat ini juga
boleh mendatangkan masalah kepada palam
pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh.. Palam pencucuh yang
tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor.. Oleh yang demikian ia
akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari
ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan.
Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi
apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling),
bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan
wap
air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan
paip ekzos cepat berkarat.Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang
dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia
pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk
mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran
sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini
termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida,
mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan
hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan
sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah
pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan
pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka
hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap
suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang
sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar
bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang
berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat
berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu.
Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam
keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini
tidur dan tak bekerja. Apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan
enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api,
mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula
kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin
juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin
ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga
satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak
di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan
enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk m ema naskannya supaya dapat
memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan
penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu
orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu
komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana
oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat
pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian
dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu
orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan
pepura (idling)?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya
lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung
pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang
asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang
warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti
mesti lu orang komplen. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja
enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap
boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil
sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.
Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar
dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu
orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan
bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur,
dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu
enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh
menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang
ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin
dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus
ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah
hijau ke atmosfera yang membawa p ema nasan global.
Akhir kata setujukah anda bahawa m ema naskan enjin di waktu pagi boleh
menjahanamkan enjin dan dunia?