PUISI
>
> Isteriku ,
> jika engkau bumi,
> akulah matahari.
> Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
> Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
> Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
> akan silauan ku.
> Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
> malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
>
> Lalu......
> Relakanlah aku menyinari planet lain,
> menyampaikan faedah adanya aku,
> kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
> lain...
>
> *** Balasan Puisi sang isteri***
>
> Suamiku,
> andai kau memang mentari,
> sang surya yang memberi cahaya,
> aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
> telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
> dan....
>
> akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...
>
> AKAN TETAPIIIIIIII. .
> Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
> jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
> Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
> Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
> di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
> Cuba lihat siapa dirimu...
> MATAHARI atau lilin ?
> atau jangan-jangan
> cuma mancis saja!!!!!
> please lah....!!!
> jangan la nak berangan!!