Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Homesecawankopi.comLatest imagesRegisterLog in
Assalamualaikum.. Selamat Datang Kepada semua ke secawankopi.com... enjoy here.. TQ
Maaf chatbox terpaksa ditutup.. Borak kat ^^^BoRak KEdaI KoPI^^^ye....
Disclaimer: The Administrators of this forum, or the Moderators participating, WILL NOT neither accept responsibility for nor give any warranty or other assurance as to the content of the material appearing on this website, its accuracy, completeness, timelessness or fitness for any particular purpose.
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 11 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 11 Guests

None

Most users ever online was 212 on Wed Nov 06, 2024 5:33 am
Top posters
AlchemisT® (2172)
'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11'Makanan rapu' dalam perkahwinan P11'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11 
>>AmIeda<< (1863)
'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11'Makanan rapu' dalam perkahwinan P11'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11 
mesyamsul (1611)
'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11'Makanan rapu' dalam perkahwinan P11'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11 
♥Tatty Teddy♥ (1275)
'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11'Makanan rapu' dalam perkahwinan P11'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11 
mambang_miang (1138)
'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11'Makanan rapu' dalam perkahwinan P11'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11 
edija (1135)
'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11'Makanan rapu' dalam perkahwinan P11'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11 
©gastacopz™ (1079)
'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11'Makanan rapu' dalam perkahwinan P11'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11 
mattop (1033)
'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11'Makanan rapu' dalam perkahwinan P11'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11 
Adika (984)
'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11'Makanan rapu' dalam perkahwinan P11'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11 
AjaX (969)
'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11'Makanan rapu' dalam perkahwinan P11'Makanan rapu' dalam perkahwinan I11 

 

 'Makanan rapu' dalam perkahwinan

Go down 
2 posters
AuthorMessage
mesyamsul
Americano
Americano
mesyamsul


Posts : 1611
Join date : 11/05/2009
Age : 42
Location : Hujan duit di negeri orang..

'Makanan rapu' dalam perkahwinan Empty
PostSubject: ''Makanan rapu'' dalam perkahwinan   'Makanan rapu' dalam perkahwinan EmptyTue May 19, 2009 1:19 pm

DALAM kehidupan hari ini yang sentiasa sibuk mengejar masa, budaya memesan piza atau memesan makanan melalui kaunter pandu lalu di restoran makan segera semakin menjadi kebiasaan berbanding menikmati makanan malam dengan cara lebih sempurna di meja makan

Kita cenderung mengorbankan sesuatu yang lebih bermanfaat hanya kerana untuk kesenangan yang sedikit. Lebih malang lagi apabila gaya makan makanan segera ini turut 'diadaptasi' dalam perkahwinan.

Sebagaimana sistem imun badan akan menurun apabila kita terlalu bergantung kepada makanan rapu (junk food), begitu juga perkahwinan akan menjadi hambar apabila mengambil mudah dalam hal-hal berkaitan keintiman.

Budaya makan ini mungkin menjadi analogi paling tepat untuk menggambarkan sebuah perhubungan dalam perkahwinan. Jika tubuh manusia memerlukan diet makanan berkhasiat, begitu juga perkahwinan yang memerlukan 'makanan berkhasiat' dalam meningkatkan kehangatan perkahwinan. Berikut tiga 'makanan berkhasiat' tersebut:

Rancang

Sebagaimana pentingnya untuk merancang dalam menyediakan makanan begitu juga pentingnya merancang dalam perkahwinan.

Jangan biarkan rumah tangga atau perkahwinan berlalu begitu saja. Rancang masa untuk anda suami isteri dapat berdua-duaan.

Keluar 'berdating' seminggu sekali mungkin satu idea yang bagus. Memanglah tidak praktikal untuk keluar bersama sepanjang hari, jadi cari jalan untuk mungkin makan tengah hari bersama atau berjalan-jalan berdua selepas malam.

Letakkan peraturan untuk tidak bercakap mengenai kerja atau hal anak-anak ketika 'berdating', sebaliknya tumpukan pada hal-hal lebih peribadi dan impian anda berdua.

Berusaha mencari masa untuk anda berdua dan nikmati sepenuhnya masa yang cukup berharga itu. Ketika anak-anak sudah masuk tidur, tidak ada salahnya duduk bermanja-manja bersama suami atau isteri sambil menonton televisyen.

Memuji

Biasanya apabila anda selesai menikmati makanan yang enak di sebuah restoran anda akan memberi pujian kepada chef yang bertanggungjawab. Bagaimanapun, kita sering terlupa untuk memberi pujian kepada isteri yang membasuh baju kita atau suami yang membereskan segala bil-bil rumah.

Kadang kala apabila usia perkahwinan sudah menjangkau belasan atau puluhan tahun, hubungan akan menempuh rintangan-rintangan emosi yang mungkin memerlukan anda untuk berhenti melihat sejenak apa yang berlaku dan mulalah belajar menghargai satu sama lain.

Jangan biarkan cinta dan kasih sayang terhakis oleh kritikan-kritikan yang menyentuh emosi. Sebaliknya, bina semangat masing-masing dengan saling memuji.

Sebagai contoh, apabila suami menyenangi dan mengagumi isterinya yang bijak dan cantik akan membuatkan isteri berusaha untuk membuatkan suami gembira dengan menjadi lebih bijak dan lebih cantik.

Berdoa

Sebagaimana kita menjadikan membaca doa sebagai amalan harian sebelum makan begitu juga dalam perkahwinan. Sebuah perkahwinan yang disirami dengan keimanan adalah petunjuk kepada satu hubungan yang sihat secara keseluruhannya.

Bersolat dan berdoa bersama mampu mengeratkan lagi keintiman pasangan suami isteri dan untuk lebih berkesan ia haruslah dilakukan dari hati yang tulus ikhlas. Berdoa dapat menyuburkan lagi perkahwinan dan hubungan kita dengan Tuhan.

'Makanan rapu' dalam perkahwinan 464767
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/mesyamsul
©gastacopz™
Americano
Americano



Posts : 1079
Join date : 24/04/2009
Location : Henyak Sepuas Hati @ Katil

'Makanan rapu' dalam perkahwinan Empty
PostSubject: Re: 'Makanan rapu' dalam perkahwinan   'Makanan rapu' dalam perkahwinan EmptyTue May 19, 2009 1:20 pm

gud info, ley aku praktikkan...
Back to top Go down
mesyamsul
Americano
Americano
mesyamsul


Posts : 1611
Join date : 11/05/2009
Age : 42
Location : Hujan duit di negeri orang..

'Makanan rapu' dalam perkahwinan Empty
PostSubject: Re: 'Makanan rapu' dalam perkahwinan   'Makanan rapu' dalam perkahwinan EmptyTue May 19, 2009 1:59 pm

gastacopz wrote:
gud info, ley aku praktikkan...

praktis mek perfek.. 'Makanan rapu' dalam perkahwinan 652622
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/mesyamsul
Sponsored content





'Makanan rapu' dalam perkahwinan Empty
PostSubject: Re: 'Makanan rapu' dalam perkahwinan   'Makanan rapu' dalam perkahwinan Empty

Back to top Go down
 
'Makanan rapu' dalam perkahwinan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Fakta kesihatan: produk & makanan yg mengakibatkan kanser
» Ulangtahun Perkahwinan
» Pakej Perkahwinan/Pertunangan - By Didi
» Wanita yang menolak perkahwinan...
» Asmara dalam taska

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Kekeluargaan :: Rumahtangga-
Jump to: