Kisah Telinga ....
>>
>> Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia
>> berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang
>> mempersoalkan tentang telinga.
>>
>> Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek
>> untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai
>> penampilan yang baik.
>>
>> Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalankepada lelaki itu.
>>
>> "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".
>>
>> "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam"
>> jawab lelaki itu dengan jujur.
>>
>> Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.
>>
>> Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank
>> hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi
>> temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.
>>
>> "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".
>>
>> "Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik,
>> sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.
>>
>> Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya
>> keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah
>> bekerja lebih 8 tahun di bank.
>>
>> Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.....
>> Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
>>
>> "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
>>
>> "Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari
>> tergelak.
>>
>> Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan
>> kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens
>> walaupun mereka duduk agak jauh.
>>
>> "Bagaimana awak tahu" tanya Johan lagi.
>>
>> Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar sambil berkata,
>>
>> "Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga,
>> nak sangkut kat mana".
>>
>> Kuang! Kuang! Kuang!
>>
>> Biar susah, jangan menyusahkan. .
Moral: Banyakkan mendengar dari berkata2 Kita sume ada 2 tinge, 1 mulut so lu pikirlah sndri...