Kopi Ais Tokei
Posts : 71 Join date : 14/04/2009 Age : 39
| Subject: RULES Secawankopi Mon Apr 20, 2009 11:30 am | |
|
Sila Baca Etika Berforum
Topik ni mungkin membosankan dan tidak begitu penting bagi seseorang. Atau ia dilihat membesarkan benda yang kecil. Tapi akibat sebaliknya amat kontroversi dan amat kritikal. Contohnya, TANPA ETIKA, forum tak akan terjaga, menjadi bosan, tak ada input dan output yang bermanfaat. Spam pula berleluasa sana dan sini.
1. Tidak melakukan spam. Ramai yang hanya mengganggap spam hanyalah letak iklan di topik yang salah, tapi selain itu juga, post yang bersulamkan promosi juga adalah spam.
2. Tidak lari topik. Kalau kita sedang berbincang pasal A, maka usahalah sebaik mungkin untuk bincang pasal A, JANGAN alih ke perkara C, D atau yang TAK BERKAITAN. Ramai yang melakukan 'kesalahan' ini dalam tak sedar.
3. Komen / post mestilah ada value. Tak cukup hanya setakat, "hehehe", "TQ", "tumpang lalu" dan yang seumpamanya. Jika anda ingin membalas sesuatu topik dengan cara itu, STOP.
4. Terima teguran membina (yang betul) dengan hati terbuka. Ramai yang ego dan susah untuk menerima teguran yang baik. Selepas ditegur, dibuatnya lagi. Kemudian ditegur lagi sehingga membuatkan orang lain naik marah atas sebab ke-ego-an kita. Maka di sini, agak-agak salah siapa? Yang menegur atau yang ditegur? Saya rasa, kebanyakan teguran yang diberikan adalah untuk kebaikan. Ingat saja2 jer ke nak tegur2 nih? Xder masa..
5. Bermaaf-maafan. Jika ada yang berselisih pendapat dan bertikam lidah, bermaafan adalah satu sifat dan jalan yang tepat. Kalau masing2 ada pendapat yang bercanggah dan dua-dua adalah betul dari segi pertimbangan tertentu, maka lapangkanlah dada. Teruskan dengan pendapat anda, dan mereka dengan pendapat mereka. Tidak ada paksaan. Dan kalau orang dah minta maaf, janganlah ego dan keras hati. Menerima maaf tu satu sifat yang sukar dimiliki oleh ramai orang. Ia satu sifat mulia.
6. Membuka topik baru. Yang ni masalah utama juga. Sebelum membuka sesuatu topik baru, lihat dahulu topik-topik sebelum ini kot-kot dah ada diperbincangkan. Kalau dah ada, rujuk yang tu dan sambung perbincangan di situ jika ada sesuatu nak diutarakan. Jangan gatal-gatal nak buka topik baru MELAINKAN di-izinkan oleh para moderator dan admin. Jika belum ada, bukalah topik baru MENGIKUT ruang (thread) yang SESUAI.
7. EMOSI dan gaya penyampaian. Sebelum saya sentuh bab emosi, anda perlu bezakan emosi dan ketegasan. Contohnya saya sebagai moderator adalah tegas, tapi boleh bertukar menjadi emosi yang tak terkawal jika teguran tak diendahkan. Elakkan ber-emosi dalam berforum DAN jangan buat orang lain ber-emosi (marah) yang meluak-luak. Elokkan tutur kata anda.
8. Tolong jangan gunakan Avatar yang kurang sopan dan menjolok mata.....
Jangan sekadar membaca, SAYA NAK kita sama-sama mempraktikkan etika-etika forum ini. Ingat, ini adalah 'rumah orang' yang membenarkan kita masuk untuk memeriahkannya. Maka, bersopan dan beretikalah sebagai tanda terima kasih kepada yang mewujudkan forum ini.. 'Tuan rumah' ni tak mintak satu sen pun dari anda, so benda yang paling simple adalah, berforum dengan baik.
Tolong berikan kerjasama...
Terima kasih kerana membaca celoteh yang panjang ini. | |
|