Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Homesecawankopi.comLatest imagesRegisterLog in
Assalamualaikum.. Selamat Datang Kepada semua ke secawankopi.com... enjoy here.. TQ
Maaf chatbox terpaksa ditutup.. Borak kat ^^^BoRak KEdaI KoPI^^^ye....
Disclaimer: The Administrators of this forum, or the Moderators participating, WILL NOT neither accept responsibility for nor give any warranty or other assurance as to the content of the material appearing on this website, its accuracy, completeness, timelessness or fitness for any particular purpose.
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 11 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 11 Guests

None

Most users ever online was 212 on Wed Nov 06, 2024 5:33 am
Top posters
AlchemisT® (2172)
Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan P11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11 
>>AmIeda<< (1863)
Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan P11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11 
mesyamsul (1611)
Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan P11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11 
♥Tatty Teddy♥ (1275)
Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan P11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11 
mambang_miang (1138)
Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan P11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11 
edija (1135)
Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan P11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11 
©gastacopz™ (1079)
Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan P11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11 
mattop (1033)
Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan P11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11 
Adika (984)
Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan P11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11 
AjaX (969)
Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan P11Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan I11 

 

 Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan

Go down 
5 posters
AuthorMessage
astalavista6048
Mod Berakhlak Mulia
Mod Berakhlak Mulia
astalavista6048


Posts : 218
Join date : 16/04/2009
Age : 115
Location : runtime error

Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan Empty
PostSubject: Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan   Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan EmptySat Apr 18, 2009 11:37 am

Semoga bermanfaat kepada semua.


Telah menjadi adat orang Melayu bahawa setelah ibu melahirkan anak, urinya akan ditanam. Sekadar menanam uri sahaja setelah dibersihkannya daripada darah kemudian ditanam dengan tujuan tidak mahu ianya dibuang begitu sahaja, tanpa niat-niat yang lain, tidaklah menjadi kesalahan.

Tetapi apabila uri itu diletakkan di dalam suatu tempat dan kemudian diletakkan asam atau garam kemudian ditanam dan kemudian diletakkan lampu di sebelah tempat yang ditanam itu, maka itu menyerupai adat agama Hindu.

Orang Melayu meletakkan asam dan garam kalau anak perempuan supaya pandai memasak dan meletakkan paku kalau anak lelaki supaya pandai menukang. Tetapi itu zaman dahulu. Zaman sekarang di mana kemahiran anak perempuan bukan lagi pada masak memasak, tetapi dalam bidang pelajaran, maka apakah kena ditanam uri itu dengan buku-buku sekolah? Dan kalau anak lelaki pula, apakah perlu ditanam komputer bersama uri tersebut? Inilah adat Melayu yang tidak ada logik dan tidak ada gunanya.

Apabila anak itu mencapai usia 7 hari, terutama pada waktu dahulu, anak itu akan diletakkan di satu dulang yang berisi beras atau kunyit. Ini juga menyerupai Hindu.

Bila anak itu dewasa pula, orang Melayu sekarang suka menonton rancangan Hindustan yang kebanyakannya juga beragama Hindu.

Apabila anak itu berkahwin, diadakan persandingan dengan bertepung tawar dan melontar beras dan sebagainya. Mengapa beras padahal minyak wangi banyak dijual di kedai? Kerana orang Hindu mempercayai semangat yang ada pada padi. Dikir barat itu menyerupai gerak laku orang Hindu dalam memuja semangat padi. Mereka yang belum berumahtangga dan akan berumahtangga hendaklah fikirkan hal ini baik-baik dan ibu bapa hendaklah menasihatkan anak-anak mereka supaya jangan melakukan upacara yang bertentangan dengan Islam di hari perkahwinan. Kalau kita sudah bersanding dengan upacara ala Hindu, esok lusa kita jadi ustaz atau ustazah atau pendakwah dan hendak bersyarah atau menasihatkan orang lain mengenai hal ini, orang lain sudah tidak mahu dengar cakap kita sebab kita sudah menunjukkan contoh yang salah.

Begitu juga tepak sirih yang biasa digunakan oleh orang Melayu di majlis akad nikah, adalah juga daripada adat orang-orang Hindu. Berbincanglah dengan bakal pasangan anda dan juga keluarga bakal pasangan anda dan nyatakan kepada mereka bahawa anda tidak mahu majlis perkahwinan yang bercorak Hindu itu. Sebab kalau kita tidak berdakwah, anak-anak kita nanti semuanya akan ikut dan kita akan menanggung dosanya kerana kita telah mewariskan adat agama syirik!

Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan ditabur bunga di atas kubur tersebut. Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan, orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atas mayatnya. Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas kubur, bahkan mayat itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Sebab itulah ada pepatah Melayu yang berbunyi: "Biar mati anak, jangan mati adat". Saya rasa pepatah ini berasal daripada orang Hindu juga kerana mereka sangat kuat berpegang kepada adat. Yang betulnya: "Biar yang lain terkorban, Islam jangan digadai." Oleh kerana itulah sebahagian besar ibu bapa hari ini, terutamanya yang tua-tua, bermati-matian menegakkan adat, walaupun bercanggah dengan Islam, seperti bersanding di atas pelamin dengan upacara yang bukan-bukan.

Kalau sepanjang hidup kita ini kita ikut orang Hindu, bagaimanakah kita boleh mati dalam keadaan Islam? Sedangkan Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali sebagai orang-orang Islam."

Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita mestilah dengan cara Islam, daripada hari lahir kita sehinggalah hari kita dikuburkan di bumi.

Orang Cina dan India dahulu tinggal sekampung dengan orang-orang Melayu. Jadi sudah tentu banyak adat-adat yang mempengaruhi orang Melayu. Namun sebagai orang Islam, kita kena bersihkan amalan kita daripada sebarang penyerupaan dengan amalan agama lain.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

"Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kaum itu."

Dalam riwayat yang lain:
"..........dan akan dibangkitkan bersama-sama mereka (kaum yang
diserupainya)."

Agama Islam telah disempurnakan oleh Allah tanpa perlu ditokok tambah atau dibuang atau diubah.
Back to top Go down
http://astalavista6048.blogspot.com
tulip
cafe latte
cafe latte
tulip


Posts : 631
Join date : 15/04/2009
Location : @@ Didalam Taman Larangan @@

Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan Empty
PostSubject: Re: Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan   Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan EmptySat Apr 18, 2009 12:54 pm

hmmm....sedang terfikir sejenak
Back to top Go down
putat
cafe latte
cafe latte
putat


Posts : 753
Join date : 16/04/2009
Age : 48
Location : selayang

Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan Empty
PostSubject: Re: Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan   Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan EmptyTue Apr 21, 2009 11:20 am

kebanyakan adat melayu menyerupai hindu ek
Back to top Go down
©gastacopz™
Americano
Americano



Posts : 1079
Join date : 24/04/2009
Location : Henyak Sepuas Hati @ Katil

Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan Empty
PostSubject: Re: Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan   Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan EmptySat Apr 25, 2009 12:39 pm

banyak adat melayu ikut hindu....

yg paling banyak bersanding..... Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan 295396 Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan 295396
Back to top Go down
edija
Admin
Admin
edija


Posts : 1135
Join date : 14/04/2009
Age : 47
Location : sedang melihat matahari terbenam...

Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan Empty
PostSubject: Re: Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan   Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan EmptySat Apr 25, 2009 12:44 pm

Melayu itu Islam... Islam tu melayu???

India itu Hindu... Hindu itu India...???

pikirkan dulu sebelum kata2...

adat & agama itu sama???

ekekeke

aku cakap jer.....
Back to top Go down
Sponsored content





Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan Empty
PostSubject: Re: Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan   Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan Empty

Back to top Go down
 
Amalan bukan orang Islam yang jadi ikutan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat
» Orang Kata...
» Benarkah Islam Melarang Perempuan Menjadi Imam Bagi Jamaah Yang Terdiri Dari MAN
» AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP
» Bila nk cepat jadi lambat, Bila nk lambat, jadi cepat pulak....

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Sembang Serius :: Islam itu Indah-
Jump to: